sejarah

1250 Words5 Pages
AGAMA Pengaruh agam seperti Islam, Buddha dan Kristian juga menjadi penggerak utama nasionalisme di Asia Tenggara. Hakikatnya, agama menjadi ejen penyatu namun, kehadiran barat bersama agama Kristian telah sedikit sebanyak menggugat agama sedia ada. Agama menjadi ejen utama yang menyemarakkan semangat kebangsaan yang ingin menentang Belanda di Indonesia. Agama telah menjadi ejen penyatu meskipun Indonesia terdiri daripada pelbagai budaya dan bangsa. Golongan intelektual agama juga wujud di akhir abad ke-19, ekoran ramai pelajar Indonesia yang menyambung pelajaran ke Timur Tengah. Sebenarnya, golongan ini telah terdedah kepada gerakan reformis Islam di Timur Tengah, dan mendapat inspirasi daripada situasi yang berlaku di Timur Tengah. Antara tokoh yang mendapat pendidikan agama ini ialah Syed Jamaludin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh yang menjadi pencetus kepada gerakan nasionalis di Indonesia yang menubuhkan gerakan-gerakan menentang Belanda. Golongan ini memperjuangkan konsep Pan-Islamism atau penyatuan dunia Islam demi menentang perluasan kuasa barat serta memecahkan kepompong kepercayaan kuno yang sebati dalam jiwa masyarakat Islam di Asia Tenggara. Oleh itu tertubuhlah gerakan seperti Muhammadiyyah dan Sarekat Islam demi menegakkan kekuatan umat Islam daripada ancaman pengaruh asing yang melemahkan Islam. Golongan ini mengumpamakan perjuangan yang mereka lakukan demi agama dan jihad Islam. Sarekat Islam bertindak memperjuangkan hak politik rakyat Indonesia serta yang lebih utama adalah suara lantangnya yang mengkritik kerajaan Belanda dalam segala segi. Contohnya, Sarekat Islam menuntut Belanda menghapuskan diskriminasi terhadap pendidikan dan menuntut pendidikan percuma. Selain daripada itu, Sarekat Islam ... ... middle of paper ... ...ial Democratic Association (ISDV). Parti komunis Indonesia (PKI) pula mendominasi arena politik Indonesia sejak 1922 dengan tujuan menggulingkan kerajaan Belanda demi penubuhan republik komunis Indonesia. Parti komunis ini bertindak menganjurkan mogok dalam kalangan pekerja yang dipelopori oleh kesatuan buruh revolusioner pusat. KESIMPULAN Beribu-ribu orang telah mengorbankan nyawa mereka atas nama nasionalisme, beratus-ratus peperangan telah dicetuskan atas nama nasionalisme. nasionalisme" Asia Tenggara mempunyai banyak paradoks nya seperti: golongan-golongan yang paling giat dalam perjuangan nasionalis ini merupakan mereka yang paling terpisah daripada alam dan budaya asli; walaupun para pejuang nasionalis ini sentiasa memuji-muji keagungan lampau negara mereka, hasrat mereka bukan pengembalian masa silam bercorak Asia tetapi mencipta masa depan bercorak barat;

More about sejarah

Open Document